Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
MAJLIS PENYERAHAN BAKUL MAKANAN YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR KEPADA ASNAF DI DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
17 Mac 2025 I Rumah Pangsa Taman Impian Emas.
Majlis Penyerahan Bakul Makanan Yayasan Sultan Ibrahim kepada penduduk di bawah kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah berlangsung pada hari ini dimana sebanyak 500 unit bakul makanan telah diserahkan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Majlis ini turut mendapat sokongan daripada pihak Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Hj. Ahmad Nazir Bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP. Turut hadir ke majlis penyerahan tersebut ialah Tuan Haji Mohd Anizam Bin Jamian,Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sultan Ibrahim Johor, YM Ungku Ahmad bin Ungku Hj Mohd Zakaria, Pengarah Pembangunan Masyarakat MBIP, Puan Aishah binti Johari, Pegawai Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Southern Volunteers Iskandar Puteri, rakan-rakan dari Yayasan Sultan Ibrahim Johor serta penerima-penerima bantuan.
Semoga dengan sumbangan bantuan dan kerjasama ini, ianya dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan di luar sana.






