KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
      
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ
17 Mac 2025 | Masjid Al Asma'ul Husna, Bandar Uda Utama
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) meneruskan tradisi tahunan dengan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Pelajar Tahfiz dengan kerjasama pihak Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Iskandar Investment Berhad - IIB dan Puspanita MBIP. Pada tahun ini, seramai 98 pelajar dari Madrasah Tahfiz Arrahimiyyah, Kampung Bukit Tempurung, Gelang Patah telah menerima sumbangan yang bertujuan untuk meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan serta membawa kegembiraan menjelang Syawal.
Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP dengan kehadiran tetamu kehormat yang turut memeriahkan majlis, antaranya Encik Tambi Omar bin Latip, Ahli Majlis Zon 19: Selesa Jaya; YM Ungku Suzana Binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP; Puan Siti Aidah Binti Abd Rahman, Timbalan Presiden Kanan Pengurusan Aset, Iskandar Investment Berhad; serta YBhg. Datuk Md Othman bin Haji Yusof, Penaung Masjid Al-Asma’ul Husna.
Turut hadir ialah Datuk Haji Anuar bin Haji Hassan, Pengarah Urusan Galeri Aura Islam; Encik Mohamed Shukri bin Deraman, Ketua Pengurusan Aset, Iskandar Investment Berhad; Puan Hajah Sharifah Leila Zuraidah Binti Haji Syed Nordin, Pengerusi Puspanita MBIP; Tuan Haji Muhamad Sapar bin Haji Musir, Pengerusi Masjid Al-Asma’ul Husna; serta Encik Shahrulizam Bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP.
Majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas yang memberikan peringatan serta pengisian rohani kepada para hadirin sementara menanti waktu berbuka puasa.
Majlis ini mencerminkan komitmen MBIP dalam memperkukuh semangat kebersamaan serta menyemarakkan nilai ihsan dan kasih sayang dalam komuniti. Semoga usaha ini membawa keberkatan kepada semua.












PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri