Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
PENGAKTIFAN BILIK GERAKAN BENCANA DAN SKUAD ELITE MBIP
Berikutan amaran hujan berterusan (Waspada) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, Bilik Gerakan Bencana MBIP telah diaktifkan bagi memantau situasi semasa dan memastikan tindakan segera dapat diambil.
Skuad Elite MBIP juga telah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan berisiko.
Antara kawasan yang telah dipantau adalah Bulatan Sunway Big Box, Iskandar Puteri, yang berpotensi mengalami peningkatan paras air akibat hujan berterusan. Langkah-langkah pemantauan dan kesiapsiagaan terus diperketatkan bagi memastikan keselamatan penduduk serta kelancaran trafik di kawasan terjejas.
Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada, mengikuti perkembangan terkini, serta mengutamakan keselamatan. Sekiranya berlaku kecemasan, sila hubungi pihak berkuasa yang berkenaan.
UNIT BENCANA MBIP
- BILIK GERAKAN BENCANA SKUDAI 07-5591086
- ENCIK MOHAMAD FAIZAM HAKIM BIN SES 013-7725915
- ENCIK SHAMSUL BIN LUDIN 013-7300052
- BILIK GERAKAN BENCANA MEDINI 07-5555145
- PUAN NAZIRAH BINTI MD NASIRUDIN 017-7691334
- ENCIK NORSAM BIN KALAM 018-3979594

