Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
LAWATAN DATUK BANDAR KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)
19 Mac 2025 | Bangunan Wisma MBIP
Berikutan hujan lebat yang berlanjutan sejak semalam, 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam kawasan pentadbiran MBIP telah diaktifkan iaitu di PPS Wisma MBIP Skudai dan PPS SJK(C) Pu Sze.
Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP bersama Yang Berhormat Puan Marina binti Ibrahim, ADUN Skudai telah melawat PPS yang terlibat bagi melihat situasi semasa serta memastikan PPS beroperasi dalam keadaan kondusif dan selesa.
MBIP menerusi Yayasan Penyayang Iskandar Puteri turut menyalurkan bantuan bungkusan makan malam dan sahur kepada mangsa banjir yang terjejas.
Kemaskini mangsa banjir sehingga jam 6.00 pagi (20 Mac 2025) :
PPS Dewan Skudai : 57 Keluarga
PPS SJK(C) Pu Sze : 4 Keluarga
Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak IPD Johor Bahru Utara dan lain-lain agensi yang terlibat.


