Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
PEMANTAUAN HOTSPOT BERISIKO BANJIR DI KAWASAN PENTADBIRAN MEDINI
20 Mac 2025 | Kawasan Hotspot Banjir
Pihak MBIP telah menjalankan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir susulan hujan lebat yang masih berterusan. Hasil tinjauan mendapati paras air sungai semakin meningkat dan beberapa kawasan sudah mula dinaiki air.
Lokasi Terlibat:
Kampung Tuah Jaya
Kampung Baru Gelang Patah
Kampung Baru Muafakat
Kawasan Perumahan Iskandar
Kampung Melayu Gelang Patah
Taman Syed Idrus
Sehingga kini, dianggarkan sebanyak 55 buah rumah di Kg. Tuah Jaya telah terjejas akibat banjir. Selain itu, fenomena air pasang turut berlaku di Kg. Melayu Gelang Patah dan Kg. Baru Muafakat, menambahkan lagi risiko kenaikan air di kawasan tersebut.
Sebagai langkah susulan, anggota MBIP akan terus menjalankan pemantauan secara berkala bagi memastikan keadaan terkawal.
Kami menyeru agar penduduk di kawasan berisiko sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan diri serta keluarga.
YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi
YB Dato' Mohd Jafni Md Shukor

