Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
DATUK BANDAR MBIP SANTUNI MANGSA BANJIR, EDAR BUBUR LAMBUK & BANTUAN MAKANAN
21 Mac 2025 | PPS Dewan Skudai, Wisma MBIP
Prihatin dengan keadaan mangsa banjir yang terjejas, Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah turun padang menyantuni mereka dengan mengedarkan bubur lambuk sebagai tanda sokongan dan keprihatinan atas musibah yang dialami. Usaha ini turut disertai dengan agihan bantuan makanan hasil kerjasama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri bagi memastikan keperluan asas mangsa terus terjaga.
Di saat cabaran banjir melanda, keprihatinan dan semangat kebersamaan amat penting dalam memastikan kesejahteraan semua. MBIP akan terus komited dalam memberi bantuan kepada penduduk yang terjejas serta memantau situasi banjir dari semasa ke semasa.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini. Semoga segala usaha ini dapat meringankan beban mangsa banjir dan memberi sedikit kelegaan dalam menghadapi dugaan ini.
YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi
YB Dato' Mohd Jafni Md Shukor



