Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA PERINGKAT KOMUNITI ISKANDAR PUTERI SEMPENA BULAN RAMADAN AL-MUBARAK TAHUN 1446H
20 Mac 2025 | Masjid Al-Jawahir, Taman Mutiara Rini, Skudai
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan Program Bubur Lambuk Perdana Peringkat Komuniti Iskandar Puteri Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak Tahun 1446H. Program ini dijayakan dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terdiri daripada Iskandar Investment Berhad - IIB, Affin Bank, dan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP, bersama Puan Hajah Sharifah Leila Zuraidah binti Haji Syed Nordin, Pengerusi PUSPANITA MBIP, barisan Ahli Majlis, barisan Pengarah, ahli-ahli PUSPANITA serta anggota sukarelawan Southern Volunteers Iskandar Puteri.
Dengan kekuatan seramai 150 anggota, program ini berjaya menghasilkan sebanyak 4,000 bungkusan bubur lambuk yang telah diedarkan ke Pusat Pemindahan Sementara, bazar-bazar Ramadan, agensi-agensi berdekatan, serta komuniti di Iskandar Puteri.
Semoga dengan adanya program seperti ini, kita dapat berkongsi rezeki dan mempereratkan silaturahim dalam kalangan komuniti.


