Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
KEJADIAN POKOK TUMBANG DI KAWASAN ISKANDAR PUTERI
20 Mac 2025
Lokasi Kejadian:
Jalan Zapin 10
Jalan Pulai Mutiara
Jalan Baung, Skudai
Jalan Silat Cekak 7, Taman Selesa Jaya
Jalan Gelang Patah (J4)
Jumlah Pokok Tumbang: 5 Pokok
Pihak Terlibat:
1. Unit Tebang Cantas (UTC), Jabatan Landskap MBIP
2. Skuad Bencana MBIP
3. Orang Awam
Pada 20 Mac 2025, pihak jabatan telah menerima sebanyak lima (5) aduan daripada orang awam dan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berhubung kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi.
Susulan aduan yang diterima, kerja-kerja pembersihan telah giat dijalankan oleh Unit Tebang Cantas (UTC) Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Skuad Bencana MBIP dan juga orang awam. Tindakan segera diambil bagi memastikan laluan yang tertutup dapat dibuka semula serta mengurangkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya. Kesemua aduan telah berjaya diselesaikan, dan keadaan di lokasi kini berada dalam keadaan terkawal.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan kejadian bencana alam, terutamanya di kawasan tempat tinggal dan sepanjang perjalanan di jalan raya. Sebarang insiden boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera.

