Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
MISI PASCA BANJIR MBIP: GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN DI SEKITAR KAWASAN TERJEJAS
23 Mac 2025 | Taman Tampoi Indah
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Rejimen 501 Askar Wataniah Johor, SWM Environment Sdn Bhd dan Southern Volunteers, serta sukarelawan setempat telah menggerakkan Misi Pasca Banjir bagi membersihkan kawasan terjejas dan membantu komuniti yang terkesan.
Para sukarelawan telah turun padang bergotong-royong dalam kerja-kerja pembersihan sisa banjir daripada rumah mangsa yang terjejas termasuk mencuci kawasan dalam dan luar masjid, membuang sisa lumpur, serta mengemas peralatan yang rosak akibat banjir. Usaha ini membantu mempercepatkan proses pemulihan dan memastikan kawasan terjejas kembali bersih serta selamat untuk digunakan oleh komuniti setempat.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan masa dalam menjayakan misi ini. Semoga segala usaha ini diberkati dan dapat membantu masyarakat kembali pulih dengan lebih cepat.
YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi
YB Dato' Mohd Jafni Md Shukor

