Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
AKTIVITI PEMBERSIHAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT DI KAMPUNG PULAI, GELANG PATAH, JALAN SHAHBANDAR, TAMAN UNGKU TUN AMINAH, SKUDAI KECIL, SKUDAI, JALAN BATU 8 1/2, SKUDAI DAN JALAN TITIWANGSA, TAMPOI INDAH
23 Mac 2025 I Skudai
Aktiviti pembersihan banjir ekoran hujan lebat yang berterusan selama 2 hari melebihi taburan 60mm telah dilaksanakan sepenuhnya.
Jabatan Kesihatan Awam MBIP, Jabatan Landskap MBIP, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Southern Volunteeers Iskandar Puteri dan kerjasama SWCorp serta konsesi SWM Environment Sdn Bhd telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan cepat bagi memastikan penduduk dan persekitaran kembali pulih serta meringankan beban penduduk yang terkesan.
Diantara lokasi terkesan banjir yang telah diambil tindakan diantaranya adalah :
1. Kg. Pulai, Gelang Patah
2. Kg. Batu 8 1/2, Skudai
3. Jalan Shahbandar, Taman Ungku Tun Aminah
4. Skudai Kecil, Skudai
5. Jalan Titiwangsa, Taman Tampoi Indah.
Sebanyak 134,860kg sampah pukal telah dibersihkan melalui aktiviti pembersihan ini melalui kerjasama erat semua pihak.
Oleh hal demikian, pihak Majlis mengambil kesempatan merakamkan ucapan penghargaan atas komitmen, dedikasi dan kondusif semua pihak dan penduduk yang sentiasa cakna dan peduli kepentingan menghadapi dan pengurusan banjir dengan baik.
"Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat"
YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi
YB Dato' Mohd Jafni Md Shukor

