Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
OPERASI PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DI KAWASAN TERJEJAS
24 Mac 2025 | Iskandar Puteri
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd terus komited dalam membantu penduduk yang terkesan akibat banjir melalui operasi pembersihan pasca banjir yang menyeluruh di beberapa kawasan.
Antara kawasan yang terjejas akibat banjir dan telah menerima bantuan pembersihan termasuk Kampung Maju Jaya, Kampung Sepakat Baru, Kampung Pulai, Skudai Kecil, Jalan Batu 8 1/2, Taman Ungku Tun Aminah dan Taman Jaya. Operasi pembersihan ini melibatkan kerja-kerja mengangkut sisa banjir seperti perabot rosak, sampah pukal, dan lumpur yang ditinggalkan oleh air banjir bagi memastikan persekitaran kembali bersih dan selamat untuk didiami.
Selain itu, pasukan pembersihan turut digerakkan ke Rumah Kebajikan Warga Emas Persatuan Penganut Sam Poh Tang Kuan Yin Ge, Batu 8 1/2, Taman Ungku Tun Aminah, bagi memastikan kawasan tersebut kekal bersih dan selamat untuk penduduk serta penghuni rumah kebajikan.
Dengan selesainya operasi pembersihan di beberapa lokasi, sejumlah 59,700 kg sampah telah berjaya diuruskan dan pihak Majlis berharap ia dapat meringankan beban mangsa banjir dalam usaha mereka untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi bantuan ini.
YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi
YB Dato' Mohd Jafni Md Shukor

