Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
PROGRAM KITAR SEMULA PANDU LALU @ DRIVE TO SAVE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2025
22 Mac 2025 | Wisma Sunway Big Box, Iskandar Puteri
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama rakan strategik, CBH Recycle M Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Sunway City Iskandar Puteri telah menganjurkan Program Kitar Semula Pandu Lalu @ Drive To Save, bertempat di Wisma Sunway Big Box, Iskandar Puteri.
Program ini diwujudkan sebagai satu alternatif kepada penyelesaian pembuangan sampah yang kini berleluasa di semua kawasan pentadbiran MBIP di mana masyarakat hanya perlu menghantar barangan kitar semula secara pandu lalu menggunakan konsep Waste To Wealth (WTW). Melalui program ini juga, masyarakat dapat mendidik diri untuk mengasingkan jenis-jenis sampah mengikut kategori berikut plastik, kertas, kaca, minyak masak dan lain-lain.
Selain itu, program ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar dan mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil tindakan positif terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Program Kitar Semula yang diadakan telah mendapat sambutan yang memuaskan pada bulan ini dek kerana bulan Syawal bakal menjelang tidak lama lagi. Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan masyarakat yang menyertas program ini sekaligus mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan memberi peluang untuk generasi akan datang menikmati bumi syang lebih sihat.
AYUH KITA BERTINDAK

