KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
      
OPERASI PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DI KAWASAN TERJEJAS
25 Mac 2025 | Iskandar Puteri

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd terus komited dalam membantu penduduk yang terkesan akibat banjir melalui operasi pembersihan pasca banjir yang menyeluruh di beberapa kawasan.

Antara kawasan yang terjejas akibat banjir dan telah menerima bantuan pembersihan termasuk Kampung Maju Jaya dan Jalan Batu 8 1/2, Taman Ungku Tun Aminah. Operasi pembersihan ini melibatkan kerja-kerja mengangkut sisa banjir seperti perabot rosak, sampah pukal, dan lumpur yang ditinggalkan oleh air banjir bagi memastikan persekitaran kembali bersih dan selamat untuk didiami.

Dengan selesainya operasi pembersihan hari ini di beberapa lokasi, sejumlah 22,830 kg sampah telah berjaya diuruskan dan pihak Majlis berharap ia dapat meringankan beban mangsa banjir dalam usaha mereka untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi bantuan ini.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri