Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
CERAMAH POWER UP! UNTUK SUKARELAWAN
25 Mac 2025 | Auditorium MBIP
Program Ceramah "Power Up!" anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan kerjasama Asia Leadership Academy ini diadakan dengan tujuan untuk membekalkan ilmu dan motivasi kepada sukarelawan Southern Volunteers Iskandar Puteri (SVIP), yang kerap terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan serta program komuniti yang mencabar dari segi mental dan emosi.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Muzhaffar bin Ra'il, Pengetua Asia Leadership Academy dan dihadiri oleh 150 orang sukarelawan Southern Volunteers Iskandar Puteri. Beliau menekankan konsep "Power Up!" sebagai proses meningkatkan tenaga, semangat, dan keupayaan seseorang dalam mencapai matlamat serta mengatasi cabaran. Melalui ceramah ini, peserta diberi pendedahan tentang cara meningkatkan motivasi diri, memperkukuh pemikiran positif dan cara mengatasi halangan dengan ketahanan diri.
Secara keseluruhannya, program ini telah memberi manfaat kepada para peserta dengan meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan kesejahteraan mental dan emosi dalam kerja kesukarelawanan. Maklum balas yang diterima amat positif, dan diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan bagi memperkasakan peranan sukarelawan dalam komuniti.

