KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
      
PROGRAM SERAHAN BANTUAN SUMBANGAN KEWANGAN KEPADA KETUA ISI RUMAH (KIR) YANG TERKESAN AKIBAT BANJIR DI JOHOR BAHRU
27 Mac 2025 | Dewan Skudai MBIP

Program Serahan Bantuan Sumbangan Kewangan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir di Johor Bahru telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru dengan tujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir di kawasan terlibat, khususnya dalam kawasan pentadbiran Iskandar Puteri.
Program ini telah diadakan di tiga lokasi utama, iaitu Dewan Serbaguna Skudai, Dewanraya Gelang Patah, dan Dewan Kampung Maju Jaya. Di Dewan Serbaguna Skudai, seramai 229 mangsa yang terjejas telah menerima sumbangan kewangan, manakala di Dewanraya Gelang Patah, seramai 61 mangsa telah menerima bantuan yang sama. Penyerahan bantuan ini turut dijalankan di Dewan Kampung Maju Jaya bagi memastikan lebih ramai mangsa banjir mendapat bantuan yang sewajarnya.

Program ini juga mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat, dan penerima bantuan melahirkan rasa syukur serta penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam usaha membantu mereka yang terkesan. Dengan adanya sumbangan ini, diharapkan ia dapat membantu mereka dalam proses pemulihan selepas bencana banjir yang melanda.
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamatnya dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Pihak Pejabat Daerah Johor Bahru merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, termasuk sukarelawan dan agensi yang terlibat. Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu masyarakat yang memerlukan.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri