Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
OPERASI PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DI KAWASAN TERJEJAS
28 Mac 2025 | Iskandar Puteri
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama SWCorp dan konsesi SWM Environment Sdn. Bhd., terus komited dalam membantu penduduk yang terkesan akibat banjir melalui operasi pembersihan pasca banjir yang menyeluruh di beberapa kawasan.
Antara kawasan yang terjejas akibat banjir dan telah menerima bantuan pembersihan termasuk Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, sekitar kawasan Skudai Kecil, Skudai Garden dan Kampung Laut Batu 10, Skudai. Operasi pembersihan ini melibatkan kerja-kerja mengangkut sisa banjir seperti perabot rosak, sampah pukal, dan lumpur yang ditinggalkan oleh air banjir bagi memastikan persekitaran kembali bersih dan selamat untuk didiami.
Dengan selesainya operasi pembersihan hari ini di beberapa lokasi, sejumlah 52,000 kg sampah telah berjaya diuruskan dan pihak Majlis berharap ia dapat meringankan beban mangsa banjir dalam usaha mereka untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi bantuan ini.
YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi
YB Dato' Mohd Jafni Md Shukor

