KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
      
AKTIVITI PEMERIKSAAN TEMPAT PEMBIAKAN (PTP), LARVACIDING DAN SANITASI PASCA BANJIR
28 Mac 2025 | Iskandar Puteri

Jabatan Kesihatan Awam MBIP telah menjalankan aktiviti pencegahan demam denggi pasca banjir termasuk pemeriksaan tempat pembiakan (PTP) dan larvaciding iaitu semburan racun bagi membunuh jentik-jentik di sekitar kawasan terjejas banjir.

Selain itu, aktiviti sanitasi persekitaran turut dijalankan bagi mengelakkan kehadiran lipas, lalat dan tikus (LILATI) yang boleh mendatangkan risiko penyakit. Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Pulai, Kampung Tuah Jaya, Kampung Batu 8 1/2 dan Jalan Shahbandar, Taman Ungku Tun Aminah.

Orang awam yang terjejas dengan banjir adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan demam denggi sebagaimana berikut:
1. Segera lupuskan bekas-bekas yang berpotensi untuk menakung air
2. Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam takungan air
3. Gunakan repelen nyamuk
4. Pakai baju berlengan panjang dan berseluar panjang berwarna cerah
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, sakit badan dan lain-lain




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri