Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 |
AKTIVITI PLOGGING DAN PROGRAM JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
Aktiviti plogging telah berjaya dilaksanakan di PPR Melana Indah 1 selepas penangguhan selama sebulan bersempena dengan sambutan Bulan Ramadan yang lalu.
Aktiviti plogging dihadiri oleh Puan Dalela Binti Sakiaman, Ahli Majlis Zon 23: Sutera Utama, kakitangan MBIP dan juga kakitangan SWCorp yang melibatkan seramai 21 orang anggota. Sebanyak 47kg sampah telah dikutip dan dibersihkan sepanjang aktiviti berlangsung.
Sempena musim perayaan ini, marilah bersama-sama menitikberatkan aspek kebersihan di kediaman masing-masing agar persekitaran tidak menjadi tempat yang berisiko kepada kesihatan.
