KALENDAR AKTIVITI

Takwim
April 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
    
LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG KE UNIT INTEGRITI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
8 April 2025 | Bangunan Temenggong Ibrahim

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima kunjungan daripada delegasi Majlis Perbandaran Pengerang -MPP dalam satu sesi lawatan penanda aras yang diketuai oleh Puan Khairatul Salwa binti Abd Jalil, Ketua Jabatan Unit Integriti MPP.
Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan serta mempelajari amalan terbaik berkaitan tadbir urus integriti yang telah dilaksanakan oleh MBIP, selain memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak berasaskan nilai integriti dan profesionalisme dalam penyampaian perkhidmatan.
Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Haji Emrizal bin Abdul Rahman, Pengarah Unit Integriti MBIP, sebelum diteruskan dengan pembentangan, sesi perkongsian maklumat dan lawatan ke sekitar fasiliti.
Semoga lawatan ini memberi manfaat dan menjadi platform berkesan dalam memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti dan berdaya saing.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri