Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 |
SESI TOWNHALL PROGRAM KELESTARIAN PENDIDIKAN LA21 TAHUN 2025
11 April 2025 | Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Bangunan Temenggong Ibrahim
Sesi Townhall Program Kelestarian Pendidikan LA21 bagi Tahun 2025 telah berjaya disempurnakan oleh Encik Tambi Omar bin Latip, Setiausaha Ahli Majlis MBIP. Program ini turut dihadiri oleh YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP, barisan Ahli-ahli Majlis, pengarah-pengarah MBIP, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru, Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kulai, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp dan SWM Environment Sdn Bhd serta kalangan warga pendidik.
Program Kelestarian Pendidikan LA21 menekankan beberapa objektif yang mana di antaranya ialah untuk meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran, menggalakkan pelaksanaan aktiviti mesra alam dengan berkesan, meningkatkan kerjasama antara sekolah dan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar, serta mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
Oleh itu, MBIP dengan sokongan segenap lapisan masyarakat, keterlibatan komuniti, dukungan warga pendidik dan ampuhnya tonggak pucuk pimpinan, bakal melancarkan Program Kelestarian Pendidikan LA21 tahun 2025 peringkat MBIP ke arah menuju bandaraya mampan dan sejahtera.
“Melati Mekar Harum Berseri,
Tumbuh Indah Di Tepi Telaga,
Iskandar Puteri Damai Berseri,
Rakyat Sejahtera Hidup Bahagia.”
