Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 |
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MBIP 2024
10 April 2025 | Dewan Utama, Bangunan Temenggong Ibrahim
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sememangnya mengiktiraf kecemerlangan dan dedikasi warga kerjanya menerusi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang diadakan bagi menghargai sumbangan individu-individu cemerlang yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat sepanjang tempoh 2024.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP. Turut bersama dalam majlis ini YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP, Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP, En Tambi Omar bin Latip dan Encik Sangrapandian a/l Velliapan, Ahli Majlis. Turut memeriahkan majlis ialah barisan Ahli Majlis, para penerima anugerah, serta seluruh warga kerja MBIP yang hadir.
Seramai 81 warga kerja telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun ini dan dalam majlis yang sama, sebanyak 81 Sijil Penghargaan turut disampaikan sebagai simbol pengiktirafan rasmi terhadap sumbangan berterusan mereka dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan di MBIP.
Penyampaian anugerah ini bukan sekadar satu bentuk pengiktirafan, tetapi juga sebagai pembakar semangat kepada seluruh warga MBIP untuk terus berkhidmat dengan penuh komited, berintegriti dan cemerlang demi kemajuan Iskandar Puteri.
Semoga kecemerlangan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja MBIP untuk terus melangkah maju dengan penuh semangat dalam membentuk sebuah "Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera".
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBIP 2024!








