KALENDAR AKTIVITI

Takwim
April 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
    
MAJLIS SAMBUTAN HARI OBESITI PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2025
18 April 2025 | Auditorium, Bangunan Temenggong Ibrahim, Iskandar Puteri
Majlis Sambutan Hari Obesiti 2025 peringkat daerah Johor Bahru anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah dijalankan sebagai salah satu usaha berterusan pihak MBIP dan KKM dalam meningkatkan kesedaran awam tentang isu obesiti, serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat terutamanya di kalangan warga kerja MBIP. Obesiti bukan sekadar isu penampilan atau berat badan, tetapi merupakan satu masalah kesihatan yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, strok, kanser dan sebagainya.
Pelbagai aktiviti bermanfaat telah disediakan untuk para pengunjung, antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, khidmat fisioterapi, kaunseling dietetik dan cara pemakanan sihat, sesi terapi cara kerja (occupational therapy) dan taklimat kesedaran mengenai obesiti oleh pakar-pakar dalam bidang kesihatan.
Pihak MBIP berharap agar program ini bukan sahaja memberi pendedahan, tetapi turut menyuntik motivasi dan semangat untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.











PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri