KALENDAR AKTIVITI

Takwim
April 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
    
LAWATAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP) KE MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB)
24 April 2025 | Bangunan Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Jabatan Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Seramai 14 orang delegasi dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang diketuai oleh Puan Nurulain binti Rahmat, Pengarah Jabatan Kesihatan Awam telah disambut baik oleh Puan Norliah binti Abd Rahman, Ketua Bahagian Kawal Selia, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB.
Objektif lawatan ini diadakan adalah bagi berkongsi maklumat tentang proses kerja yang dilaksanakan oleh pihak MBMB dari segi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, pengurusan tandas, medan selera dan perangkap minyak serta operasi-operasi yang dijalankan seperti operasi BEBAS.
Pihak MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak MBMB atas kesudian berkongsi maklumat dan semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu dalam memastikan kawasan pentadbiran MBIP dalam keadaan bersih.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri