KALENDAR AKTIVITI

Takwim
April 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
    
LAPORAN KEJADIAN POKOK TUMBANG
Tarikh: 26 April 2025
Lokasi Kejadian:
- Jalan Pertanian 26, Taman Universiti
- Jalan Jasa 5, Taman Mutiara Rini
- Jalan Emas 26, Taman Sri Skudai
- Jalan Bukit Impian, Taman Impian Emas
Jumlah Pokok Tumbang: 4 Batang Pokok
Pihak Terlibat:
- Unit Tebang Cantas (UTC), Jabatan Landskap MBIP
- Pihak Kontraktor
Pada 26 April 2025, pihak Jabatan Landskap telah menerima empat (4) aduan berkenaan kejadian pokok tumbang daripada orang awam dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di beberapa lokasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Susulan aduan yang diterima, kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan serta-merta oleh Unit Tebang Cantas (UTC) dan pihak Kontraktor lantikan MBIP.
Siasatan awal mendapati faktor utama kejadian adalah disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu, melibatkan rintangan angin yang kuat serta hujan lebat. Pihak jabatan sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan dan kerja-kerja penyelenggaraan berkala bagi mengurangkan risiko kejadian pokok tumbang pada masa akan datang.
Orang awam disarankan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berhati-hati dalam semua keadaan, sama ada di rumah mahupun semasa berada di luar. Sebarang insiden boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri