KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)
30 April 2025

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK) bersama-sama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) telah menjalankan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang penuh bermakna dengan menziarahi ahli keluarga kakitangan yang ditimpa musibah iaitu Encik Ahmad Farid bin Amir Hamzah dan Balu kepada Almarhum Encik Aidil Shahrol bin Mohammod.
Program CSR ini bertujuan untuk memberikan sokongan moral dan emosi sebagai tanda keprihatinan organisasi. Dalam lawatan ini, ahli AKRAB tidak hanya memberikan kata-kata semangat tetapi juga berusaha untuk meringankan beban mereka melalui bantuan yang diberikan. Program ini juga adalah manifestasi daripada nilai kekeluargaan dan solidariti dalam organisasi iaitu saling menghulurkan bantuan dan sentiasa ada untuk memberi sokongan antara satu sama lain.
Marilah bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri