Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
LAWATAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP) KE TAMAN BOTANI PERDANA, DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
Delegasi MBIP seramai 11 orang telah mengadakan lawatan ke Taman Botani Perdana dengan disambut baik oleh wakil Jabatan Landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertanggungjawab dalam Pembangunan dan Pengurusan Taman Awam.
Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan amalan dan strategi terbaik berkaitan pengurusan taman awam, penyelenggaraan taman, kerja menaiktaraf, serta inisiatif jabatan menjalankan program yang sedang dan akan dilaksanakan.
Pihak MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak DBKL atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman.
Semoga lawatan ini dapat memberikan inspirasi dan idea dalam cara pengurusan pembangunan landskap serta menambahbaik mutu kawasan taman permainan di kawasan pentadbiran MBIP.

