KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
LAWATAN PENANDA ARAS INTEGRITI DAN AUDIT DALAM MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP) KE MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)
7 Mei 2025 | Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Delegasi MBIP seramai 10 orang kakitangan daripada Unit Integriti & Unit Audit Dalam MBIP yang diketuai oleh Tuan Haji Emrizal bin Abdul Rahman, Pengarah Integriti MBIP telah disambut baik oleh Encik Sharudin bin Ali, Pengarah Audit Dalam MBPJ dan Puan Nor’ain binti Adam, Penolong Pengarah Kanan Unit Integriti, MBPJ serta kakitangan Unit Integriti & Unit Audit Dalam MBPJ.
Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif pihak MBIP bagi mendapatkan pengetahuan untuk menambah baik pelaksanaan 6 fungsi teras Unit Integriti dan Anugerah Integriti Governans Antirasuah (AIGA), serta pendedahan mengenai proses pengauditan serta sistem yang diguna pakai di Unit Audit Dalam MBPJ selaras dengan kecemerlangan memperoleh kedudukan tertinggi dalam Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT).
Pihak MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak MBPJ atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman.
Semoga dengan ilmu yang diperoleh sepanjang lawatan diadakan dapat menjadi contoh terbaik dalam memastikan kecemerlangan terhadap prosedur pengauditan, pembudayaan dan pengalaman integriti dalam pengurusan pentadbiran MBIP.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri