KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
LAWATAN PENANDA ARAS INTEGRITI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP) KE INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)
8 Mei 2025 | Institut Integriti Malaysia

Delegasi MBIP seramai 10 orang kakitangan daripada Unit Integriti dan Unit Audit Dalam MBIP yang diketuai oleh Tuan Haji Emrizal bin Abdul Rahman, Pengarah Integriti MBIP telah disambut baik oleh Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Sektor Operasi, IIM.
Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif pihak MBIP bagi mendapatkan pengetahuan untuk mewujudkan Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) dengan kerjasama IIM. CIB ialah metodologi dan alat yang diiktiraf oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) untuk membina integriti dan pemantauan anti-rasuah melalui penglibatan masyarakat.
Pihak MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak IIM atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman.
Semoga ilmu yang diperoleh sepanjang lawatan dapat menjadi contoh terbaik dalam memastikan kecemerlangan terhadap pembudayaan integriti dalam pengurusan pentadbiran MBIP.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri