KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
LAWATAN PENANDAARASAN PENGURUSAN REKOD & DIGITAL DOCUMENT MANAGEMENT SYSTEM (DDMS)
7 & 8 Mei 2025 | Arkib Negara Malaysia & Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan lawatan penanda aras bagi pengurusan rekod dan penggunaan sistem DDMS ke Arkib Negara Malaysia dan juga Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi (MPAJ) bagi lebih memahami tentang pengurusan rekod serta dapat melihat tatacara penggunaan sistem DDMS dengan lebih dekat dan jelas.
Delegasi MBIP seramai 38 orang kakitangan mewakili setiap jabatan telah diketuai oleh Encik Shahrulizam bin Abd Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP disambut baik oleh Encik Mohd Hafizal bin Muhammad, Penolong Pegawai Penerangan selaku wakil dari Arkib Negara Malaysia dan Tuan Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta pegawai-pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia & Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Pihak MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Arkib Negara Malaysia dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) atas kesudian perkongsian ilmu dan pengalaman.
Semoga ilmu yang diperoleh sepanjang lawatan kali ini menjadi contoh terbaik dalam memastikan kecemerlangan terhadap pengurusan rekod dan fail dalam pengurusan pentadbiran MBIP.





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri