Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
PROGRAM JOM BAYAR LESEN DAN SERAHAN KHEMAH PUJB KEPADA PENIAGA PASAR MALAM JALAN KEMULIAAN TAMAN UNIVERSITI
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) telah berjaya menganjurkan Program Jom Bayar Lesen dan Serahan Khemah kepada peniaga-peniaga Pasar Malam Jalan Kemuliaan, Taman Universiti.
Program yang berlangsung dari jam 3 petang hingga 10 malam ini merupakan satu inisiatif bersepadu yang bertujuan untuk memudahkan urusan pembayaran lesen perniagaan serta memperkasakan perniaga kecil dan sederhana khususnya peniaga pasar malam.
Kemuncak program ini adalah serahan 179 unit khemah kepada peniaga-peniaga yang mempunyai lesen kategori pasar malam yang masih aktif di lokasi tersebut. Sumbangan ini merupakan hasil kerjasama strategik antara MBIP dan PUJB dalam usaha meningkatkan imej serta keselesaan para peniaga dan pengunjung pasar malam.
Program seperti ini dijangka akan diteruskan ke lokasi-lokasi lain dalam kawasan pentadbiran MBIP sebagai usaha menyokong pembangunan ekonomi tempatan serta memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan para peniaga.



