Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
PERTANDINGAN RUMAH BERSIH – PROGRAM PRIHATIN KARNIVAL KESIHATAN KAMPUNG ORANG ASLI SIMPANG ARANG
14 Mei 2025 I Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah
Pertandingan Rumah Bersih bersempena Program Prihatin Karnival Kesihatan Kampung Orang Asli Simpang Arang telah dijalankan pada 14 Mei 2025 (Rabu) di Kampung Orang Asli Simpang Arang. Program ini merupakan program anjuran YB Datuk Pandak bin Ahmad, ADUN Kota Iskandar bersama Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) dan Klinik Kesihatan Gelang Patah, serta telah dinilai oleh Jabatan Kesihatan Awam MBIP, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan SWCorp.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mendidik dan memupuk kesedaran penduduk kampung orang asli tentang kebersihan diri dan menggalakkan amalan hidup sihat melalui persekitaran yang bersih dan teratur. Sebanyak 10 buah rumah penduduk telah dipilih untuk sesi penilaian. Antara kriteria penilaian pertandingan ini adalah dari segi bahagian luar rumah, bahagian dalaman rumah (ruang tamu), bahagian bilik tidur, bahagian dapur dan juga peralatan kebersihan diri.
MBIP berharap agar melalui program ini, ia mampu memberikan kesan positif kepada penduduk terutamanya warga orang asli agar mereka lebih menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi dalam memastikan rumah dan persekitaran mereka sentiasa bersih dan kemas.

