Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
BENGKEL AUDIT DALAMAN DAN PENILAIAN PEMATUHAN SISTEM PENGURUSAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN (MS ISO 45001: 2018)
13 - 15 Mei 2025 | Makmal ICT, Bangunan Temenggong Ibrahim MBIP
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan Bengkel Audit Dalaman & Penilaian Pematuhan MS ISO 45001:2018 sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh komitmen terhadap perlindungan keselamatan dan kesihatan pekerja.
Bengkel ini bertujuan meningkatkan pemahaman terhadap standard ISO 45001:2018, khususnya aspek kritikal seperti konteks organisasi, pengurusan risiko dan peluang, serta penglibatan pekerja. Ia juga memastikan sistem pengurusan yang dilaksanakan bukan sekadar dokumentasi, tetapi benar-benar berfungsi dan berkesan. Selain itu, bengkel ini turut menekankan peningkatan kecekapan audit dalaman, termasuk kemahiran mengenal pasti ketidakpatuhan, menilai bukti objektif dan menyediakan laporan yang tepat.
Penganjuran bengkel ini juga selaras dengan usaha MBIP untuk terus mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994) dan peraturan-peraturan berkaitan.
Semoga program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran, penglibatan dan rasa tanggungjawab semua warga kerja terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

