KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
MAJLIS PELANCARAN INSENTIF KHEMAH KEPADA USAHAWAN MIKRO DI KAWASAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
16 Mei 2025 | Pasar Malam Jalan Kemuliaan, Taman Universiti, Iskandar Puteri.

Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Majlis Pelancaran Insentif Khemah kepada Usahawan Mikro peringkat Negeri Johor bagi tahun 2025, yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor; Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor; Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru; Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Iskandar Puteri merangkap Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia; Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP; dan Tuan Haji Mohd Radzi bin Haji Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif PUJB.
Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Johor melalui PUJB dalam menyokong dan memperkasakan usahawan mikro di peringkat akar umbi dengan menyediakan bantuan kemudahan asas perniagaan, termasuk khemah yang digunakan.
MBIP terus komited dalam memperkasa penjaja terdiri daripada usahawan mikro melalui pemberian Insentif Khemah kepada 961 peniaga, termasuk peniaga pasar malam dan penjaja berpusat.
Inisiatif ini bertujuan menyediakan kemudahan asas kepada penjaja bagi membolehkan mereka beroperasi dalam suasana yang lebih profesional, kondusif, seragam dan sistematik, sekaligus menarik lebih ramai pelanggan serta meningkatkan daya saing mereka dalam perniagaan.
Dengan sokongan daripada PUJB, para peniaga bukan sahaja menerima bantuan fizikal tetapi juga berpeluang untuk mendapat akses kepada pelbagai program pembangunan keusahawanan yang dapat membantu mereka mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.
MBIP dan PUJB percaya bahawa usaha berterusan dalam memperkasakan penjaja ataupun usahawan mikro akan memperkukuhkan ekosistem perniagaan di Iskandar Puteri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Johor. Bersama-sama kita menjadikan Johor sebagai negeri yang makmur, progresif, dan inklusif!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri