KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
KURSUS KESEDARAN KE ATAS PEMATUHAN DAN PELAKSANAAN MS ISO 37001:2016 SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH/ ANTI-BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS)
26 & 27 Mei 2025 | Hotel Trove, Johor Bahru
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Kursus Kesedaran Ke Atas Pematuhan dan Pelaksanaan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) yang telah dikendalikan oleh Encik Shahrulazam bin Jaafar, Konsultan Sistem Pengurusan MS ISO dan telah dihadiri seramai 35 orang kakitangan.
Tujuan pelaksanaan kursus ini adalah untuk memberi penerangan terperinci garis panduan dan keperluan MS ISO 37001:2016 serta definisi ke atas terma-terma yang diguna pakai di dalam standard. ABMS MS ISO 37001:2016 merupakan Sistem Pengurusan Anti Rasuah yang direka untuk membantu organisasi mencegah, mengesan dan bertindak balas terhadap insiden rasuah. Piawaian ini juga termasuk pematuhan undang-undang dan peraturan yang lain.
Semoga ilmu yang diperoleh sepanjang kursus dilaksanakan dapat memastikan pelaksanaan sistem pengurusan antirasuah di MBIP dengan lebih sistematik sebagai langkah pencegahan dalam memastikan kecemerlangan terhadap pembudayaan integriti dalam pengurusan pentadbiran MBIP.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri