KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Jun 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
      
SESI KEDUA PENYERAHAN INSENTIF KHEMAH MBIP: MENYOKONG KEUSAHAWANAN MIKRO SECARA HOLISTIK
31 Mei 2025 | Pasar Malam Jalan Perkasa 4, Taman Ungku Tun Aminah

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) meneruskan usaha strategik memperkasa komuniti usahawan mikro melalui pelaksanaan sesi kedua penyerahan khemah bertempat di Pasar Malam Jalan Perkasa 4, Taman Ungku Tun Aminah.
Sebanyak 343 unit khemah telah diagihkan kepada penjaja pasar malam khususnya sebagai inisiatif memperkukuh kemudahan asas perniagaan serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih sistematik, seragam dan profesional.
Usaha ini merupakan kerjasama erat antara MBIP dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) dalam mendokong aspirasi Kerajaan Negeri Johor untuk membangunkan usahawan mikro secara menyeluruh bukan sahaja dari sudut fizikal, malah melalui akses kepada program pembangunan kapasiti dan kemahiran.
MBIP percaya bahawa pemerkasaan usahawan mikro adalah asas kepada pembentukan ekosistem ekonomi tempatan yang inklusif, progresif dan berdaya tahan.
Ayuh bersama kita jayakan misi menjadikan Johor sebuah negeri maju yang sejahtera untuk semua!



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri