KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
LAWATAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYA KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
29 Mei 2025 | Dewan Persidangan, Bangunan Temenggong Ibrahim, Medini Iskandar

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan menerima kunjungan delegasi Universiti Malaya (UM) dalam satu Lawatan Akademik yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fauziah Shahul Hamid, Pensyarah Fakulti Sains UM. Lawatan yang bertumpukan kepada aspek perancangan dan pengurusan bandar lestari di Iskandar Puteri ini disambut baik oleh Encik Muhammad bin Abdullah, Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBIP dan diikuti sesi perbincangan ilmiah yang memberi fokus kepada perkongsian amalan terbaik MBIP dalam pembangunan bandar yang mampan, inovatif dan berpaksikan kelestarian alam sekitar yang disampaikan oleh Encik Safwan bin Shaari, Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
MBIP amat menghargai inisiatif seumpama ini yang bukan sahaja memperkukuh hubungan strategik antara pihak berkuasa tempatan dan institusi pengajian tinggi, malah turut membuka ruang kepada kerjasama akademik dan pembangunan kapasiti yang menyumbang ke arah pembinaan bandar raya yang lebih mampan dan berdaya saing pada masa hadapan.
Semoga jalinan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak usaha bersama demi kemajuan Iskandar Puteri sebagai bandar lestari terunggul!


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri