Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
LAWATAN KERJA PERBADANAN LABUAN KE HUTAN BANDAR MBIP, MUTIARA RINI
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berbesar hati menerima lawatan kerja daripada delegasi Perbadanan Labuan (PL) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Hj Bashir bin Hj. Alias, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.
Delegasi PL disambut baik oleh Encik Azizul Jabar bin Ismail @ Abd Malek, Pengarah Jabatan Landskap MBIP, yang turut menyampaikan taklimat berkenaan pengurusan taman dan landskap bandar, serta strategi pemerkasaan landskap di Iskandar Puteri.
Delegasi PL turut mengambil kesempatan mempromosikan dan menjemput MBIP ke Borneo Flora Festival yang akan diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada 26-30 Julai 2025.
Semoga kerjasama dan jalinan hubungan strategik ini dapat dimanfaatkan demi pembangunan landskap bandar yang mampan dan lestari.
