Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
PROGRAM KORBAN PERDANA PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI BAGI TAHUN 2025/1446H
Program Korban Perdana Peringkat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bagi tahun 2025/1446H telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Bukit Indah, Johor Bahru. Penganjuran ini mencerminkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga bandar raya dan komuniti setempat.
Program ini turut menerima sokongan erat daripada rakan strategik yang memainkan peranan penting dalam menjayakannya, antaranya Iskandar Investment Berhad (IIB), Masjid Bukit Indah, Bandar Nusajaya, Puspanita MBIP, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP), SWM Environment Sdn Bhd dan pihak Southern Volunteers.
Program diserikan dengan kehadiran YBhg. Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP; Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP; Puan Hajah Sharifah Leila Zuraidah binti Hj. Syed Nordin, Pengerusi Puspanita MBIP, Encik Zulkurnain bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Indah, barisan Ahli Majlis dan warga kerja MBIP serta ahli Southern Volunteers yang hadir memberikan sokongan.
Majlis agihan daging korban kepada penerima yang layak juga telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Bandar MBIP, menzahirkan keprihatinan dan komitmen pihak berkuasa tempatan terhadap kesejahteraan masyarakat setempat.
MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus serta menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga ukhuwah dan semangat kolaborasi ini terus subur dalam usaha menjadikan Iskandar Puteri sebuah bandar raya yang pintar, mampan dan sejahtera.
