KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Jun 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
      
LAWATAN KERJA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI KE BANDAR GAMUDA COVE DAN PAYA INDAH DISCOVERY WETLANDS
KUALA LANGAT, 10 Jun 2024 - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan lawatan kerja ke Bandar Gamuda Cove dan Paya Indah Discovery Wetlands. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan MBIP mengenai pelbagai inisiatif pembangunan serta teknologi bandar pintar yang sedang dilaksanakan di Gamuda Cove.
Bandar Gamuda Cove merupakan salah satu projek pembangunan hartanah bersepadu oleh Gamuda Land yang menekankan aspek kelestarian, penggunaan teknologi hijau serta integrasi antara alam semula jadi dengan kemudahan moden.
Delegasi daripada MBIP diketuai oleh YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Zulkefli bin Mohamed Arif, Timbalan Setiausaha MPKL; YBrs. Encik Panalsalwa a/l R. Kuppan, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP Zon 11) dan pihak Gamuda Cove. Turut hadir dalam sesi ini ialah barisan pegawai kanan daripada kedua-dua pihak.
Selain itu, delegasi daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri berkesempatan untuk melawat ke Paya Indah Discovery Wetlands dimana ia adalah satu peluang berharga untuk memahami ekosistem tanah lembap dan kepentingannya dalam pemuliharaan biodiversiti. Terletak berhampiran dengan Gamuda Cove, Paya Indah Discovery Wetlands adalah kawasan perlindungan hidupan liar yang kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna, menjadikannya satu destinasi utama untuk pendidikan alam sekitar dan kajian biodiversiti.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri