Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
PENYERAHAN INSENTIF KHEMAH KEPADA PENIAGA PASAR MALAM SERTA PROGRAM JOM BAYAR LESEN
17 Jun 2025 | Pasar Malam Jalan Medan Nusa Perintis 6, Taman Nusa Perintis
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) meneruskan usaha strategik memperkasa komuniti usahawan mikro melalui pelaksanaan sesi kedua penyerahan khemah bertempat di Pasar Malam Jalan Medan Nusa Perintis 6, Taman Nusa Perintis.
Sebanyak 141 unit khemah telah diagihkan kepada penjaja pasar malam khususnya sebagai inisiatif memperkukuh kemudahan asas perniagaan serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih sistematik, seragam dan profesional.
Usaha ini merupakan kerjasama erat antara MBIP dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) dalam mendokong aspirasi Kerajaan Negeri Johor untuk membangunkan usahawan mikro secara menyeluruh bukan sahaja dari sudut fizikal, malah melalui akses kepada program pembangunan kapasiti dan kemahiran.
MBIP percaya bahawa pemerkasaan usahawan mikro adalah asas kepada pembentukan ekosistem ekonomi tempatan yang inklusif, progresif dan berdaya tahan.
Ayuh bersama kita jayakan misi menjadikan Johor sebuah negeri maju yang sejahtera untuk semua!

