Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI BERTAJUK “TAKLIMAT TEMPAT KERJA BEBAS DADAH & PENJAWAT AWAM BIJAK: KAWAL KOMITMEN, BINA SIMPANAN
18 Jun 2025 | Dewan Auditorium MBIP
Satu program taklimat telah berjaya dianjurkan melibatkan tiga sesi penyampaian ilmu yang berfokus kepada aspek kesejahteraan warga kerja MBIP, khususnya dari sudut kesedaran sosial dan pengurusan kewangan. Seramai 150 orang peserta telah menghadiri program ini. Tujuan pelaksanaan taklimat ini bagi meningkatkan pengetahuan serta kesedaran dalam kalangan penjawat awam tentang kepentingan mengekalkan persekitaran kerja bebas dadah serta amalan pengurusan kewangan yang bijak dan berdisiplin.
Sesi pertama bertajuk “Tempat Kerja Bebas Dadah” telah disampaikan oleh Encik Muhamad Zulhilmi bin Ahmat daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor. Taklimat ini memberi penekanan bahawa budaya kerja sihat bermula dengan persekitaran kerja yang bebas daripada pengaruh dadah dan bahan terlarang.
Sesi kedua bertajuk Amaran Scam – Anda Lebih Bijak telah disampaikan oleh Encik Mohd Nawawi bin Mohd Hassan, Pengurus Pejabat Wilayah BNM Johor Bahru. Beliau berkongsi panduan penting untuk mengenalpasti taktik scam terkini dan langkah-langkah melindungi diri daripada penipuan kewangan.
Seterusnya sesi ketiga bertajuk “Pocket Talk” telah disampaikan oleh Puan Junainah binti Ahmad Esa, Ketua Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Johor Bahru. Peserta diberi pendedahan tentang cara-cara untuk mengelakkan perangkap hutang serta tips untuk membina tabiat kewangan yang sihat.
Diharapkan agar taklimat ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkasakan warga kerja MBIP dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup yang relevan demi mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih berintegriti, produktif dan sejahtera.

