KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Jun 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
      
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)
12 - 18 Jun 2025 | Bangunan Temenggong Ibrahim

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK) bersama-sama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) telah menjalankan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang penuh bermakna dengan menziarahi kakitangan yang ditimpa musibah iaitu Encik Azman bin Juhir, Encik Mohd Hadi bin A. 'Hamid, Encik Mohd Ali bin P.V Mammy, Puan Nor Jamilah binti Ahmad dan Puan Hasfalela binti Ahmad Jailani.
Program CSR ini bertujuan untuk memberikan sokongan moral dan emosi kepada kakitangan yang terjejas dan menunjukkan rasa keprihatinan daripada pihak organisasi. Lawatan ini membuktikan komitmen ahli AKRAB yang bukan sekadar menyampaikan sokongan moral, malah turut menzahirkan keprihatinan melalui pemberian bantuan yang dapat meringankan beban penerima. Program ini juga adalah manifestasi daripada nilai kekeluargaan dan solidariti dalam organisasi iaitu saling menghulurkan bantuan dan sentiasa ada untuk memberi sokongan antara satu sama lain.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri