KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Jun 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
      
SESI PERKONGSIAN HALATUJU BANDAR PINTAR BERSAMA DELEGASI KERAJAAN JOHOR- TERENGGANU
19 Jun 2025 | Johor Wifi Pole Taman Nusantara

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan PLANMalaysia Johor telah menerima kunjungan rasmi daripada YB Dato' Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu bersama delegasi seramai 27 orang bertempat di Jalan Nusaria 4/9A, Taman Nusantara.
Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian pengalaman dan halatuju pembangunan Bandar Pintar Negeri Johor, termasuk sesi taklimat oleh PLANMalaysia Johor dan KPRJ.
Delegasi turut berkesempatan melakukan lawatan tapak ke Johor City Gallery dan Stesen Pemantauan Kualiti Udara Bandar Pintar Negeri Johor (Real-Time Air Quality Monitoring Station) yang terletak di Johor Wifi Pole, Taman Nusantara.
Program ini mencerminkan komitmen bersama antara Kerajaan Negeri Johor dan Terengganu dalam memacu pembangunan bandar pintar yang lestari, berteknologi tinggi dan berorientasikan rakyat.
Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama antara negeri serta perkongsian pintar ke arah masa depan yang lebih mampan.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri