Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PASUKAN BOLA SEPAK MBIP 2024 : MENDOMINASI SETIAP PENTAS
19 Jun 2025 | Dataran Iskandar Puteri
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan satu majlis penuh bermakna bagi meraikan pencapaian cemerlang MBIP FC yang telah menunjukkan prestasi luar biasa sepanjang musim 2024/2025, sekali gus mengharumkan nama bandar raya di pentas bola sepak tempatan.
Majlis yang dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP ini turut menampilkan sesi simbolik penyerahan gambar kejohanan Piala Menteri Besar Johor 2024, sebagai lambang kejayaan tertinggi dan kebanggaan buat seluruh pasukan.
Pencapaian Musim Ini:
Juara – Kejohanan Liga Super JBFA 2024
Juara – Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Johor 2024/2025
Juara – Piala Sumbangsih JBFA 2024
Naib Johan – Kejohanan Bola Sepak Piala FA JBFA 2024
Kesemua kejayaan ini telah dicapai dalam tempoh Jun 2024 hingga Februari 2025 menerusi kejohanan-kejohanan kompetitif yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Daerah Johor Bahru (JBFA). Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan kekuatan taktikal dan disiplin tinggi pasukan, malah menjadi lambang kejayaan berterusan hasil sokongan padu pentadbiran MBIP, penduduk setempat dan semangat juang para pemain dan pengurusan pasukan yg sistematik.
MBIP FC kini muncul sebagai simbol dominasi dan kebanggaan sukan bola sepak di Iskandar Puteri – lebih daripada sekadar sebuah pasukan, mereka adalah legasi yang sedang dibina untuk generasi akan datang.
Majlis ini turut diserikan dengan sesi bergambar bersama para pemain dan pengurusan pasukan, sebagai tanda kepada keakraban, komitmen dan dedikasi yang menjadi nadi kekuatan utama MBIP FC.
“This is more than a team. This is a family and pride of Iskandar Puteri”.
