Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA TUNKU LAKSAMANA JOHOR 2025 (B-17)
17 – 19 Jun 2025 | Dataran Iskandar Puteri & Gelang Patah
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan Kejohanan Piala Tunku Laksamana Johor 2025 (Bawah 17 Tahun) sebagai usaha memperkasakan pembangunan bola sepak akar umbi negeri Johor dan menyokong usaha dalam menjadikan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sebuah bandaraya “Learning City”.
Kejohanan ini bukan sekadar medan pertandingan, malah menyokong pembelajaran luar bilik darjah melalui penerapan nilai kepimpinan, disiplin dan sahsiah dalam kalangan remaja. Ia selaras dengan aspirasi Iskandar Puteri sebagai Bandar Raya Pembelajaran (Learning City). Inisiatif ini berpotensi memberi impak besar melalui komitmen dan penglibatan aktif komuniti serta pemegang taruh.
Sebanyak 15 pasukan dari seluruh daerah telah menunjukkan aksi bertenaga dan semangat kesukanan tinggi dalam suasana pertandingan yang sihat dan kompetitif. Semoga penganjuran seperti ini menjadi landasan melahirkan atlet muda yang cemerlang, berdisiplin dan menyumbang kepada kecemerlangan sukan tanah air.
