Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
MBIP TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI NIKKEI
19 Jun 2025 | Bangunan Temenggong Ibrahim
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berbesar hati menerima lawatan kerja daripada delegasi Nikkei. Lawatan ini telah disambut baik oleh YBhg. Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP, dan turut diserikan dengan lawatan ke Galeri Iskandar Puteri bagi memberi gambaran tentang sejarah penubuhan MBIP.
Majlis diteruskan dengan taklimat oleh Encik Safwan bin Shaari, Pegawai Perancang Bandar dan Desa MBIP mengenai “Sustainable Innovation Through Smart Partnerships: The IPRK Model of Climate Action”. Lawatan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama pintar dalam bidang kelestarian, di samping memperkukuh hubungan dua hala antara MBIP dan pihak luar. MBIP berharap lawatan ini dapat membuka ruang kepada pemindahan ilmu dan teknologi serta memperkukuh jaringan antarabangsa dalam usaha mencapai matlamat pembangunan mampan.


