KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Jun 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
      
MBIP SERTAI PERTANDINGAN LAMAN PBT NEGERI JOHOR SEMPENA SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA (HLN) 2025!
23 Jun 2025 | Taman Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan penuh komitmen menyahut cabaran dalam Pertandingan Hari Landskap Negara 2025 dengan mengetengahkan konsep unik “Bamboo Atrium” – suatu naratif reka bentuk yang menggabungkan elemen kelestarian, inovasi dan identiti tempatan.
Menggunakan lebih 1,500 batang buluh dalam pelbagai struktur kreatif seperti Atrium, ReNature Hub, Edible Garden dan SmartHub, konsep ini menampilkan landskap interaktif berpaksikan nilai-nilai Malaysia MADANI serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Setiap struktur membawa naratif tersendiri yang menggabungkan elemen reka bentuk moden dengan sentuhan alam semula jadi. Antara sorotan utama reka bentuk ini termasuk struktur yang menggunakan bahan semulajadi, kewujudan plot interaktif yang menekankan 5 deria rasa, termasuk info dan portfolio pokok utama dalam bentuk herbarium. Selain itu, inisiatif ini turut menekankan penggunaan bahan kitar semula dan lestari, sejajar dengan prinsip kelestarian dan inovasi dalam landskap bandar masa kini.
MBIP yakin penyertaan ini bukan sahaja memperlihatkan kreativiti dalam seni landskap, tetapi turut menyerlahkan aspirasi menjadikan Iskandar Puteri sebuah bandar pintar, mampan dan sejahtera. Teruskan sokongan anda – demi landskap bandar yang lestari dan komuniti yang lebih harmoni!




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri