KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Jun 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
      
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2025 (HLN 2025)
26 Jun 2025 | Taman Bandar Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor

Majlis Perasmian Hari Landskap Negara (HLN) 2025 berlangsung dalam suasana yang penuh meriah dan istiadat, diserikan dengan keberangkatan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, diiringi Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim.
Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor turut berkenan menyempurnakan gimik perasmian sebagai simbol sokongan penuh Keluarga Diraja Johor terhadap inisiatif pemeliharaan landskap dan kelestarian alam sekitar.
Turut hadir YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor; YB Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor; YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YBhg. Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Hj. Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP; YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsuddin, Datuk Bandar MBPG; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO), pegawai-pegawai kanan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Landskap Negara, serta wakil-wakil PBT seluruh Negeri Johor.
Turut tersedia lama HLN 2025 ialah Pameran Laman PBT Johor yang tampil dengan reka bentuk laman yang kreatif dan mencuri perhatian pengunjung.
Semoga penganjuran HLN 2025 ini menjadi pemangkin kepada pemeliharaan landskap hijau, kelestarian alam sekitar, dan kesejahteraan komuniti secara menyeluruh.





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri