Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
OPERASI PENGUATKUASAAN PAPAN TANDA/IKLAN TANPA LESEN
23 Jun 2025 I Kawasan SiLC, Iskandar Puteri
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan ke atas papan tanda dan iklan yang dipasang tanpa lesen sah di sekitar kawasan SiLC. Tindakan penguatkuasaan ini adalah selaras dengan Undang-Undang Kecil 6(1), Undang-Undang Kecil Iklan (MDJBT) 1982, yang melarang pemasangan papan iklan tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
Operasi telah dilaksanakan dengan lancar, terkawal dan selamat oleh pasukan penguatkuasa MBIP. Pihak MBIP komited untuk memastikan persekitaran bandar kekal teratur, bersih dan bebas daripada iklan haram demi kesejahteraan komuniti setempat.
YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi


