KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Jun 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
      
PROGRAM KITAR SEMULA PANDU LALU @ DRIVE TO SAVE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2025
28 Jun 2025 | Hutan Bandar MBIP, Mutiara Rini

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama rakan strategik, CBH Recycle (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menganjurkan Program Kitar Semula Pandu Lalu @ Drive To Save yang bertempat di Hutan Bandar, Mutiara Rini.
Program ini diwujudkan sebagai satu alternatif kepada penyelesaian pembuangan sampah yang kini berleluasa di semua kawasan pentadbiran MBIP di mana komuniti hanya perlu menghantar barangan kitar semula secara pandu lalu menggunakan konsep Waste To Wealth (WTW). Melalui program ini juga, komuniti juga dapat mendidik diri dan keluarga terutamanya kanak-kanak untuk mengasingkan jenis-jenis sampah mengikut kategori seperti plastik, kertas, kaca, minyak masak dan lain-lain.
Selain itu, program ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar dan mendidik komuniti tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil tindakan positif terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Program kitar semula yang diadakan telah mendapat sambutan yang memuaskan. Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan masyarakat yang menyertas program ini sekaligus mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan memberi peluang untuk generasi akan datang menikmati bumi yang lebih sihat.
JOM KITAR SEMULA



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri